Soalan Lazim

Bagaimanakah saya tahu sekiranya saya layak untuk mendapat biasiswa/pinjaman?
Anda layak memohon biasiswa sekiranya anda mematuhi syarat-syarat tertentu. Selain keputusan akademik yang baik, kelayakan juga mungkin bergantung pada taraf kewarganegaraan, program yang berdaftar, pendapatan ibu bapa/penjaga. Biasiswa juga hanya terbuka kepada pelajar yang telah diterima masuk ke program yang ditawarkan oleh kolej.
Apakah syarat kelayakan PTPTN?
  1. Pelajar yang berminat untuk memohon pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan deposit minimum RM30 di mana-mana cawangan/kaunter PTPTN atau melalui online.
  2. Pelajar mesti membuka akaun simpanan Akaun Bank RHB.
  3. Khusus kepada warganegara Malaysia sahaja dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
  4. Telah menerima tawaran kemasukan ke International College of Management and Sports (ICMS) dan memenuhi syarat kemasukan program yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  5. Pemohon tidak boleh mempunyai mana-mana penaja lain (cth. JPA atau MARA).

NOTA: Pelajar bertanggungjawab untuk menjelaskan yuran penuh setiap semester dalam tarikh akhir yang ditetapkan oleh ICMS sementara menunggu pinjaman dikreditkan ke akaun pelajar.

Syarat Kelayakan pinjaman PTPTN?
Diploma
Pendapatan Bulanan Bersih Ibu Bapa/Penjaga — Pinjaman Selama Setahun
  • RM8,001 dan ke atas
    50% daripada Yuran Maksimum : RM3,400 setahun
  • RM4,001 – RM8,000
    75% daripada Yuran Maksimum / Tanpa BKM : RM5,100 setahun
  • RM4,000 dan ke bawah
    Penerima BKM (Maksimum pinjaman) : RM8,000 setahun
Insurans (Perlindungan Takaful)
Semua pelajar yang menerima pinjaman PTPTN hendaklah mengambil perlindungan insurans. Pelantikan syarikat insurans dan pembayaran premium akan diuruskan oleh PTPTN. Jumlah tersebut akan ditolak secara automatik daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun simpanan RHB Bank peribadi pelajar. (Pelajar hendaklah menyemak akaun bank mereka dalam tempoh masa yang dinyatakan, dianggarkan 1 hingga 2 bulan selepas tarikh tutup penyerahan Perjanjian. Sebarang perubahan tertakluk kepada budi bicara PTPTN.)
  1. Bayaran dibuat tiga kali setiap tahun kalendar akademik.
  2. Bayaran seterusnya akan dibuat selepas PTPTN mendapat pengesahan daripada ICMS bahawa pelajar tersebut sedang mara ke semester berikutnya dan mendapat markah tidak kurang daripada GPA 2.00/4.00 atau LULUS pada semester sebelumnya.
Penggantungan Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman akan ditangguhkan atas sebab-sebab berikut:
  1. Pelajar mendapat kurang daripada GPA 2.00/4.00 atau GAGAL pada semester sebelumnya.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Ms Nur Ayuni Khalib
Tel: 03-79325454
Emel: ayuni@icms.edu.my

Ms Azrin Fazrina Jamri
Tel: 03-79325454
Emel: azrin@icms.edu.my