DIPLOMA KEADILAN JENAYAH

Satu prosedur atau proses lengkap yang merangkumi penangkapan terhadap si tertuduh sehingga disabit dan dijatuhkan hukuman sebagai penjenayah, yang termaktub di bawah undang undang Jenayah di Malaysia. Pembelajaran Diploma ini mendedahkan peljar kepada Hirarki & Sistem pengoperasian Mahkamah, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Penyiasatan Forensik , Badan kehakiman serta Sistem Penjara yang menjadi tunggak utama dan memainkan peranan penting dalam menegakkan kebenaran dan memastikan keadilan untuk semua di bawah sistem keadilan undang undang.

Program ini memainkan peranan penting dimana ia berasaskan kepada pengetahuan mengenali modus operandi si penjenayah yang memainkan peranan yang integral dalam elemen forensik yang berkait paut dengan unsur penyiasatan, perundangan yang menjadi perspektif penting di muka pengadilan mahkamah disamping mewujudkan pemulihan akhlak dan sikap taubat dan insaf dari segi perilaku di bawah sistem pemenjaraan untuk seseorang penjenayah.

Para pelajar didedahkan kepada komponen- komponen diatas yang menjadi asas dalam sistem keadilan jenayah yang akan membantu mereka dari segi pengetahuan serta pelaksanaan dalam kerjaya mereka pada masa hadapan untuk pembelajaran berterusan dan kerjaya yang cekap.

 

Kaedah pembelajaran

Pembelajaran hibrid (di kampus )

Pengambilan

Januari, Mei dan September

Kaedah pengendalian

Sepenuh Masa

Tempoh

Sepenuh Masa = 2.6 tahun

Pengajaran Dan Pembelajaran

1

Kuliah

2

Tutorial

3

Perbincangan dan Pembentangan

4

Kajian kes

5

Kerja kumpulan

6

Simulasi

7

Mooting

8

Projek komuniti

9

Praktikal / Latihan industri

Peluang Kerjaya dalam Keadilan Jenayah

  1. Sektor Kerajaan
    • Polis Diraja Malaysia (Konstabel atau Sarjan Kadet)
    • Pegawai Penguatkuasaan di Agensi Kerajaan lain (contohnya, Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama, PERHILITAN, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dll)
    • Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Sektor Swasta
    • Penyiasat Swasta
    • Pegawai Keselamatan (contohnya, Bank dan Institusi Kewangan lain)
    • Pegawai Keselamatan (contohnya, Bank dan Institusi Kewangan lain)
    • Firma Guaman

Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)

Syarat Kelayakan Diploma Keadilan Jenayah

  1. Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
  2. O-Level dengan tiga (3) kredit
  3. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
  4. Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
  5. Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.

Daftar Sekarang