Jika anda adalah seorang fanatik bola sepak, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. Realisasikan minat mendalam anda terhadap sukan bola sepak kepada kerjaya yang berdaya maju melalui Diploma Pengajian Bola Sepak. Program yang mengambil masa selama dua tahun setengah ini memberikan peluang kepada anda untuk melihat kompleksiti dan asas dalam pengurusan bola sepak melalui sudut pandang yang lebih praktikal.
Pelajar akan didedahkan dengan program multidisiplin yang melibatkan pengajian sains, pengurusan, dan pengajian sosial yang terlibat dalam sukan bola sepak. Bidang-bidang pengajian yang terlibat merangkumi pembangunan sukan, anatomi dan fisiologi gunaan, pengurusan acara sukan, pembangunan kemahiran kejurulatihan dalam bola sepak, aspek perniagaan dalam sukan bola sepak, pengurusan fasiliti, pengumpulan dana dan tajaan, dan pelbagai kemahiran pengurusan perniagaan.
Matlamat program ini adalah untuk membentuk individu yang serba boleh dan berkebolehan yang siap sedia untuk menceburi pelbagai bidang kerjaya dalam sukan bola sepak.
Kaedah Pembelajaran
Ambilan
Mod pembelajaran
Durasi
Peluang Kerjaya dalam Pengajian Bola Sepak
Terdapat peluang pekerjaan yang semakin berkembang untuk pelajar-pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Bola Sepak. Jangan biarkan impian anda untuk memiliki dan mengurus pasukan bola sepak anda sendiri terlepas begitu sahaja. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Pengajian Bola Sepak termasuklah
Jurulatih bola sepak
Pengurus pasukan bola sepak
Pengurus fasiliti bola sepak
Jurulatih kekuatan dan suaian fizikal bola sepak
Pegawai sukan
Perunding sukan
Jurulatih kecergasan
Peluang Kerjaya dalam Pengajian Bola Sepak
Terdapat peluang pekerjaan yang semakin berkembang untuk pelajar-pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Bola Sepak. Jangan biarkan impian anda untuk memiliki dan mengurus pasukan bola sepak anda sendiri terlepas begitu sahaja. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Pengajian Bola Sepak termasuklah:
- Jurulatih Bola Sepak
- Pengurus Pasukan Bola Sepak
- Pengurus Fasiliti Bola Sepak
- Jurulatih Kekuatan dan Suaian Fizikal Bola Sepak
- Pegawai Sukan
- Perunding Sukan
- Jurulatih Kecergasan
Senarai Subjek Diploma Pengajian Bola Sepak
- Bahasa Inggeris 1
- Matematik Kolej
- Pengenalan kepada Perniagaan
- Pengenalan kepada Kemahiran Kejurulatihan Bola Sepak
- Kursus Integriti dan Anti-Rasuah
- Bahasa Melayu Komunikasi 1 / Falsafah dan Isu Semasa
- Bahasa Inggeris 2
- Mikroekonomi
- Nutrisi Sukan
- Kepegawaian Sukan
- Pengurusan Fasiliti Sukan
- Bahasa Kebangsaan A / Teknik Pembentangan
- Makroekonomi
- Pengenalan kepada Perundangan
- Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi
- Kecergasan Fizikal
- Analisis Prestasi Sukan
- Psikologi Sukan
- Prinsip-Prinsip Kepimpinan
- Perniagaan dalam Bola Sepak
- Isu-Isu dalam Sukan Bola Sepak
- Peminat Bola Sepak
- Kecederaan dalam Sukan
- Pengurusan Pertandingan dan Acara
- Fisiologi Senam
- Khidmat Masyarakat
- Penjanaan Dana dan Tajaan dalam Sukan
- Metodologi Senaman dan Suaian Fizikal
- Preskripsi Senaman
- Latihan Industri
Syarat Kelayakan untuk Diploma Pengajian Bola Sepak
- Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
- O-Level dengan tiga (3) kredit
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.