Diploma Pengurusan Penguatkuasaan ialah program yang dibangunkan secara terperinci dengan bertujuan untuk membekalkan kepada pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dengan organisasi , struktur serta operasi penguatkuasaan, penguatkuasaan serta pelaksanaan undang-undang dan diikuti dengan penyiasatan.
Program ini telah dibangunkan oleh panel akademik yang bertauliah dengan pengalaman dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Program ini juga direka bentuk dengan kerjasama pakar industri yang berpengalaman. Oleh itu, struktur program ini, termasuk kursus, strategi dan bahan pengajaran-pembelajaran, adalah sejajar dengan pengetahuan dan praktis sebenar sepertimana yang dituntut dalam bidang penguatkuasaan. Perkara ini turut, dapat membekalkan nilai praktikal kepada para pelajar untuk pembelajaran yang berturusan dan untuk menghadapi kerjaya dalam bidang punguatkuasaan yang penuh bercabaran pada masa depan nanti.
Kaedah pembelajaran
Pengambilan
Kaedah pengendalian
Tempoh
Pengajaran Dan Pembelajaran
Kuliah
Tutorial
3. Perbincangan dan Pembentangan
Kajian kes
Kerja kumpulan
Simulasi
Mooting
Projek komuniti
Praktikal / Latihan industri
Peluang Pekerjaan
- Sektor Kerajaan
Polis DiRaja Malaysia (Konstabel atau Kadet Sarjan), Pegawai Penguatkuasa dalam Agensi Kerajaan (contoh Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama dan lain-lain), Pihak Berkuasa Tempatan. - Sektor Swasta
Penyiasat Persendirian, Pegawai Keselamatan (contoh Perbankan dan mana-mana Institusi Kewangan), Pegawai Pematuhan, Firma guaman
Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)
- Pengenalan kepada Penguatkuasaan
- Pengenalan kepada Perlembagaan Persekutuan
- Pengenalan kepada Sistem Keadilan Jenayah
- Asas Pengurusan
- Penghayatan Etika dan Peradaban ATAU Falsafah dan Isu Semasa
- Pengenalan kepada Undang-undang Jenayah
- Asas Penyiasatan
- Pengenalan kepada Posedur Jenayah di Malaysia
- Pemikiran Kreatif dan Inovasi
- Pengenalan kepada Gelagat Organisasi
- Bahasa Kebangsaan A (U2) ATAU Asas Keusahawanan
- Pengenalan Kepada Jenayah Dan Masyarakat
- Bahasa Inggeris Komunikasi
- Kursus Integriti dan Antirasuah
- Pengenalan kepada Pengurusan Keselamatan
- Pencegahan Jenayah : Teori dan Praktis
- Pengurusan Keselamatan Fizikal
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Asas Perhubungan Awam
- Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan
- Penulisan Laporan Penguatkuasaan
- Pengenalan kepada Undang-undang Pentadbiran
- Pengurusan Krisis dan Bencana
- Pengenalan kepada Integriti dan Etika
- Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
- Khidmat Masyarakat
- Prosedur Mahkamah Jenayah
- Pengenalan kepada Latihan dan Pembangunan
- Praktikal
Syarat Kelayakan
- Lulus SPM/SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
- Lulus UEC dengan Gred B minimum dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-level dengan minimun Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan DAN
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; DAN
- Menghadiri program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setaara dengan Tahap 3 MQF dalam mana-mana bidang berkaitan; DAN
- Lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana subjek; DAN
- Lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana subjek; DAN
- Lulus sijil (Tahap 3 MQF) dalam mana-mana bidang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00; ATAU
- Lulus STPM dengan minimum gred C (GPA2.00) dalam 1 mata pelajaran; ATAU
- Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul (Lulus); ATAU
- Sebarang kelayakan yang setara.