Program Diploma Sains Sukan di International College of Management and Sports (ICMS) menawarkan peluang kepada anda untuk mengejar minat anda dalam bidang sains sukan.
Anda akan memperoleh pengetahuan mendalam mengenai faktor-faktor utama dalam bidang sukan, senaman, dan kesihatan dari perspektif sains. Sebagai pelajar sains sukan, anda akan mengkaji bagaimana program latihan dan aktiviti sukan mempengaruhi kesihatan kita, serta aktiviti fizikal sebagai cara untuk merawat dan pencegahan penyakit. Dengan pertumbuhan industri sukan yang pesat, graduan program ini akan memenuhi permintaan negara untuk pakar yang terlatih dalam bidang sains dan sukan pada peringkat pentadbiran dan sub-profesional.
Program ini akan menjadi langkah pertama anda ke arah kerjaya dalam bidang jurulatih, pendidikan, kesihatan dan kecergasan, sains senaman, rekreasi, dan pentadbiran sukan.
Metod pembelajaran
Ambilan
Mod pembelajaran
Durasi
Pengajaran dan Pembelajaran Diploma Sains Sukan
Kuliah
Tutorial
Perbincangan & Pembentangan
Kajian Kes
Kerja Berkumpulan
Latihan Industri
Peluang Pekerjaan dalam Sains Sukan
- Jurulatih peribadi.
- Pakar fisiologi senam.
- Pengurus pusat kecergasan.
- Jurulatih kekuatan dan suaian fizikal.
- Jurulatih sukan.
- Pegawai sukan.
- Ahli terapi sukan.
- Pegawai pembangunan sukan.
Senarai Subjek Diploma Sains Sukan
- Bahasa Inggeris 1
- Pengenalan kepada Anatomi
- Aktiviti Senggang (Renang)
- Pengenalan kepada Pengurusan Sukan
- Bahasa Kebangsaan A / Teknik Pembentangan
- Bahasa Inggeris 2
- Pengenalan kepada Kinesiologi
- Keselamatan dalam Sukan dan Pengurusan Kecemasan
- Bahasa Kebangsaan 1 / Falsafah dan Isu Semasa
- Sosiologi Sukan
- Aktiviti Senggang (Acara Padang dan Balapan)
- Kecergasan dan Kesejahteraan Fizikal
- Prinsip Kepimipinan
- Terapi dan Pemulihan Sukan
- Asas Biomekanik Sukan
- Prinsip Nutrisi Sukan
- Metodologi Latihan dan Kejurulatihan dalam Sukan
- Fisiologi Senam
- Kursus Integriti dan Anti Rasuah
- Analisis Prestasi
- Penguasaan Kemahiran Asas Sukan
- Pengenalan kepada Psikologi Sukan
- Suaian Fizikal dalam Sukan
- Biolkimia dalam Sukan
- Khidmat Masyarakat
- Aplikasi Komputer
- Ujian Peniliaian dan Pengukuran dalam Sukan
- Periodisasi Latihan
- Latihan Industri
Syarat Kelayakan untuk Diploma Sains Sukan
-
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C [Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) 2.0] dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; atau
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya gred B dalam tiga mata pelajaran; atau
- Lulus O-Level daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga mata pelajaran; OR
- Lulus Sijil Vokasioanal Malaysia (SVM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 (Akademik) dan PNGK 2.67 (Vokasional; atau
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3) atau yang setara dengannya dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat/Lembaga Akademik; atau
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setaraf dengan Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
- Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang yang berkaitan; atau
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Bagi pelajar antarabangsa, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor 500 atau International English Language Testing System (IELTS) dengan skor 5.0 atau yang setara dengannya adalah diperlukan.