Mengapa Belajar di ICMS?
International College of Management and Sports (ICMS) merupakan penyedia pendidikan tinggi swasta yang telah mendapat lesen daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2006, dengan fasiliti utama di Petaling Jaya dan Shah Alam. ICMS kini menawarkan kursus diploma dalam Bidang Sukan, Perniagaan, IT, Penguatkuasaan Undang-Undang, dan Reka Bentuk. ICMS adalah institusi pendidikan tinggi swasta yang satu-satunya dengan program bola sepak khas. Kami juga merupakan kolej tunggal di Asia Tenggara yang menawarkan Diploma/Degree unggulan dalam Pengajian Bola Sepak yang dibangunkan bekerjasama dengan sebuah Universiti di UK.
ICMS mengendalikan akademi bola sepak profesional yang terbuka kepada semua pelajar kami. Akademi ini diketuai oleh pasukan jurulatih yang sangat kompeten dan berlesen, yang dipimpin oleh beberapa bekas pemain kebangsaan, dan telah berjaya melahirkan pemain-pemain yang telah menyertai pelbagai kelab dan pasukan negeri. ICMS juga merupakan rakan akademik antarabangsa bagi Kelab Bola Sepak Southampton. Program ini bertujuan untuk menyokong pelajar atlet yang belajar di ICMS sambil pada masa yang sama bersaing dalam sukan di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa. Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar atlet mencapai keseimbangan antara rutin akademik dan sukan mereka, dan dengan itu mencapai kecemerlangan sejauh yang mungkin dalam kedua-duanya.
Pengenalan Malaysia
Malaysia dengan slogan 'Truly Asia', telah mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Selain daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti Gunung Kinabalu, Taman Negara Kota Kinabalu, Bandaraya Melaka dan taman laut yang bersih, ia juga merupakan salah satu ekonomi Asia Tenggara yang menjadi landasan untuk kemajuan pendidikan dan kerjaya anda.
Malaysia telah menjadi peneraju dalam pertumbuhan industri dan kestabilan politik berdekad lamanya serta merupakan salah satu destinasi utama bagi mereka yang mencari pendidikan berkualiti diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dengan ibu kota Kuala Lumpur yang terletak hanya 10km dari ICMS, bandar kosmopolitan ini disenaraikan sebagai bandar kedua paling berpatutan buat para pelajar disamping pelbagai peluang pendidikan yang disediakan dan dapat menimba pengalaman kehidupan majmuk di Malaysia.
Program Pengajian Bertauliah Bertaraf Antarabangsa
Gaya Hidup Dinamik
Pelajar dari luar negara memilih untuk belajar di Malaysia demi meluaskan pengalaman mereka melalui gaya kehidupan dinamik, pelbagai aktiviti dan destinasi menarik dan kepelbagaian budaya yang harmoni di kalangan masyarakat majmuk negara ini. Landskap negara yang menarik seperti pantai dan pulau-pulau yang indah, hutan hujan yang kaya dengan biodiversiti serta keindahan menakjubkan banjaran gunung dengan pemandangan yang menakjubkan seperti Gunung Kinabalu, Sabah.