International College of Management and Sports (ICMS) telah mewujudkan kerjasama dengan pelbagai universiti dan organisasi berprestij di dalam dan luar negara. Ini adalah untuk menyediakan para pelajar untuk merasai pengalaman pendidikan yang maju selain memperoleh faedah melalui perkongsian rangkaian kerjasama yang disediakan di ICMS terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum.