Pembelajaran Terfokus: Kelebihan Unik Program Micro-credential Dalam Konteks Bola Sepak
November 28, 2023ICMS Memperbaharui Memorandum Persefahaman dengan Society of Exercise is Medicine Malaysia (SEIMM) dalam Langkah Berwawasan
December 14, 2023Mengorak langkah signifikan ke arah menyemai pembangunan insaniah secara holistik untuk pelajar dan kakitangannya, International College of Management and Sports (ICMS) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Outcast Gym pada 8 Disember 2023. Acara ini, yang diadakan di ibu pejabat ICMS, menandakan permulaan kemitraan yang menjanjikan pulangan lumayan antara institusi pendidikan dan pusat kecergasan tersebut.
Agenda utama tertumpu kepada penandatanganan MOU, yang melambangkan komitmen ICMS dan Gym Outcast untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan kesihatan, kecergasan, dan perkembangan secara profesional. MOU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Eksekutif ICMS, Dr. Sivakumar AL Pertheban, dan wakil Gym Outcast, Puan Nadiah binti Mohd Sultan dan disaksikan oleh Puan Azrin Fazrina binti Jamri (Naib Presiden Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran ICMS) dan Encik Faraz Hanif Sindhu (Outcast Gym).
Selepas upacara penandatangan rasmi tersebut, wakil-wakil dari ICMS berpeluang untuk melawat kemudahan yang terdapat di Outcast Gym yang terletak di Bangunan Menara PKNS, Petaling Jaya. Lawatan ini memberikan gambaran yang mendalam tentang sumber dan variasi program untuk para penggemar aktiviti kecergasan.
MOU ini menetapkan beberapa manfaat utama untuk kedua-dua institusi yang melambangkan komitmen masing-masing dalam menjayakan Kerjasama ini. Antaranya ialah:
Potongan Harga: Pelajar dan kakitangan ICMS akan menikmati harga diskaun eksklusif untuk menggunakan Outcast Gym, yang dilihat mampu mendorong gaya hidup sihat dalam komuniti ICMS.
Kursus Asas Kejurulatihan Peribadi: Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pelajar-pelajar ICMS, terutamanya yang mengambil Diploma Sains Sukan dan Diploma Pengajian Bola Sepak, berpeluang untuk mendaftar dalam kursus asas kejurulatihan peribadi yang diselenggarakan oleh jurulatih peribadi profesional Outcast Gym. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta kredibiliti para pelajar yang akan berkecimpung dalam dunia sukan kelak.
Peluang Praktikal: Pelajar ICMS juga akan berpeluang untuk mengikuti program latihan praktikal di Outcast Gym. Pengalaman praktikal ini akan memberikan wawasan berharga tentang industri kecergasan serta membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan teori mereka dalam suasana sebenar.
Kemitraan antara ICMS dan Outcast Gym direka untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. ICMS mendapat akses kepada kemudahan kecergasan bertaraf tinggi untuk komunitinya di samping mempromosikan budaya kesejahteraan dan kecergasan di kampus. Sebaliknya, Outcast Gym mendapat manfaat dari segi penambahan sumber keuntungan serta bantuan promosi yang konsisten daripada ICMS.
Dengan memupuk semangat Kerjasama ini, MOU ini dilihat sebagai satu usaha untuk menetapkan landasan bagi kejayaan yang sinergi di antara dunia akademik dan industri kecergasan yang dilihat mampu memberdayakan individu untuk mencapai matlamat akademik dan kecergasan mereka. Ia juga dilihat sebagai satu usaha murni dari kedua-dua pihak dalam usaha untuk membentuk satu standard pendidikan holistik yang baru, yang menggabungkan dunia akademik dan dunia kecergasan secara langsung dan terus-menerus.
Ditulis Oleh: Azrisan Ahsan