Unlocking Opportunities in Sports Management Education at ICMS Malaysia
January 18, 2024Kejohanan Teqball ICMS 2024
February 28, 2024Pada 19hb Januari 2024, International College of Management and Sports (ICMS) telah menandatangani sambungan memorandum persefahaman (MOU) bagi program latihan industri bersama Berjaya Times Square Management Corporation di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. MOU ini merupakan kerjasama strategik berterusan yang penting untuk meningkatkan pengalaman, memperkasakan kemahiran serta mendedahkan realiti alam pekerjaan kepada para pelajar program Diploma Kepolisan dan Penyiasatan (MQA FA14157) dan Diploma Penguatkuasaan Undang-undang (MQA FA14159) daripada Pusat Pengajian Penguatkuasaan Undang-undang.
MOU yang terjalin semenjak 2023 ini merupakan suatu platform bagi ICMS dan Berjaya Times Square Corporation menzahirkan komitmen untuk bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama iaitu menghasilkan graduan yang berkebolehan dan kompeten, tinggi daya kebolehpasarannya dan juga merupakan usaha murni memupuk graduan yang berdaya saing dalam bidang keselamatan, penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang. Majlis ini diwakili oleh pengurusan tertinggi daripada kedua-dua pihak dan telah ditandatangani oleh Dr. Sivakumar (Ketua Eksekutif, ICMS) dan Edmund Kwan (Pengerusi, Berjaya Times Square Management Corporation).
Secara amnya, antara matlamat utama MOU ini adalah untuk memberi peluang latihan industri dan peluang pekerjaan, serta latihan dan pembangunan kemahiran. Setakat ini seramai dua puluh (20) orang pelajar yang telah menjalani latihan industri di Bahagian Keselamatan dan Bahagian Pengurusan dan daripada jumlah ini, seramai dua belas (12) orang pelajar telahpun mendapat peluang pekerjaan di Berjaya Times Square Management Corporation.
Ditulis Oleh: Norashikin Othman