
Mengapa Pendidikan Tinggi Menjadi Keperluan Strategik dalam Lanskap Kerjaya Kontemporari.
October 29, 2025
Why Master in Management (By Research)
November 26, 2025Dalam dunia hari ini yang penuh dengan teknologi, hampir semua pekerjaan memerlukan pengetahuan asas dalam komputer, internet, dan sistem digital. Oleh itu, mengambil bidang Sains Komputer merupakan satu keputusan yang bijak untuk masa depan. Di ICMS, Diploma dalam Sains Komputer ditawarkan dengan pendekatan yang moden dan praktikal bukan sekadar belajar teori, tetapi terus diajar apa yang sebenarnya digunakan dalam industri. Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa ialah kerjasama rasmi dengan Alibaba Cloud Academy, syarikat teknologi global yang pakar dalam pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan.
Melalui kerjasama ini, pelajar ICMS akan belajar menggunakan sistem sebenar yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar di seluruh dunia. Mereka akan diperkenalkan kepada pengkomputeran awan (cloud computing), kecerdasan buatan (AI), dan analisis data — kemahiran yang sangat diperlukan oleh majikan hari ini. Tambahan pula, pelajar berpeluang untuk mendapatkan sijil profesional daripada Alibaba Cloud, yang boleh digunakan untuk memohon kerja atau menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ini memberi kelebihan besar kepada graduan ICMS kerana mereka bukan sahaja ada diploma, tetapi juga kemahiran dan pengiktirafan antarabangsa.
ICMS percaya bahawa pendidikan perlu memberi nilai sebenar kepada pelajar. Sebab itulah kami tidak hanya mengajar untuk lulus peperiksaan, tetapi menyediakan pelajar supaya bersedia bekerja dalam dunia sebenar. Dengan gabungan pensyarah berpengalaman, silibus yang relevan, dan kolaborasi global seperti Alibaba Cloud, program ini direka khas untuk melahirkan graduan yang yakin, cekap, dan bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan digital. Bagi pelajar yang ingin berada di barisan hadapan dalam bidang teknologi, Diploma Sains Komputer di ICMS adalah permulaan yang terbaik
Dituliskan oleh: Siti Nur Sulhaini.

