Apakah Diploma Pengajian Bola Sepak?

Jika anda adalah seorang fanatik bola sepak, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. Realisasikan minat mendalam anda terhadap sukan bola sepak kepada kerjaya yang berdaya maju melalui Diploma Pengajian Bola Sepak. Program yang mengambil masa selama dua tahun setengah ini memberikan peluang kepada anda untuk melihat kompleksiti dan asas dalam pengurusan bola sepak melalui sudut pandang yang lebih praktikal.

Pelajar akan didedahkan dengan program multidisiplin yang melibatkan pengajian sains, pengurusan, dan pengajian sosial yang terlibat dalam sukan bola sepak. Bidang-bidang pengajian yang terlibat merangkumi pembangunan sukan, anatomi dan fisiologi gunaan, pengurusan acara sukan, pembangunan kemahiran kejurulatihan dalam bola sepak, aspek perniagaan dalam sukan bola sepak, pengurusan fasiliti, pengumpulan dana dan tajaan, dan pelbagai kemahiran pengurusan perniagaan.

Matlamat program ini adalah untuk membentuk individu yang serba boleh dan berkebolehan yang siap sedia untuk menceburi pelbagai bidang kerjaya dalam sukan bola sepak.

Kaedah Pembelajaran

Hibrid (Bersemuka dan/atau Atas Talian)

Ambilan

Januari, Mei, dan September

Mod pembelajaran

Sepenuh masa & kelas hujung minggu.

Durasi

Sepenuh masa: 2 tahun 6 bulan.

Peluang Kerjaya dalam Pengajian Bola Sepak

Terdapat peluang pekerjaan yang semakin berkembang untuk pelajar-pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Bola Sepak. Jangan biarkan impian anda untuk memiliki dan mengurus pasukan bola sepak anda sendiri terlepas begitu sahaja. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Pengajian Bola Sepak termasuklah

1

Jurulatih bola sepak

2

Pengurus pasukan bola sepak

3

Pengurus fasiliti bola sepak

4

Jurulatih kekuatan dan suaian fizikal bola sepak

5

Pegawai sukan

6

Perunding sukan

7

Jurulatih kecergasan

Peluang Kerjaya dalam Pengajian Bola Sepak

Terdapat peluang pekerjaan yang semakin berkembang untuk pelajar-pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Bola Sepak. Jangan biarkan impian anda untuk memiliki dan mengurus pasukan bola sepak anda sendiri terlepas begitu sahaja. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Pengajian Bola Sepak termasuklah:

  • Jurulatih Bola Sepak
  • Pengurus Pasukan Bola Sepak
  • Pengurus Fasiliti Bola Sepak
  • Jurulatih Kekuatan dan Suaian Fizikal Bola Sepak
  • Pegawai Sukan
  • Perunding Sukan
  • Jurulatih Kecergasan

Senarai Subjek Diploma Pengajian Bola Sepak

Syarat Kelayakan untuk Diploma Pengajian Bola Sepak

  • Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
  • O-Level dengan tiga (3) kredit
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
  • Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
  • Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.

Daftar Sekarang