Diploma Kepolisan Dan Penyiasatan

Diploma Kepolisan dan Penyiasatan merupakan suatu program diploma yang dibangunkan secara terperinci dengan matlamat untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan berkaitan dengan empat (4) elemen teras iaitu Kepolisan, Penyiasatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang.

Program kepolisan dan penyiasatan di ICMS telah dibangunkan oleh ahli-ahli akademik yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Program ini juga direka bentuk dengan kerjasama pakar industri yang berkaitan. Oleh itu, struktur program ini, termasuk kursus, strategi dan bahan pengajaran-pembelajaran, adalah sejajar dengan pengetahuan dan amalan sebenar seperti dalam alam pekerjaan. Ini memberikan nilai praktikal kepada para pelajar seperti yang diperlukan oleh industri.

 

 

Kaedah pembelajaran

Pembelajaran hibrid (di kampus dan/atau atas talian)

Pengambilan

Januari, Mei dan September

Kaedah pengendalian

Sepenuh Masa & Kelas Hujung Minggu

Tempoh

Sepenuh Masa = 2 tahun 6 bulan

Pengajaran Dan Pembelajaran

1

Kuliah

2

Tutorial

3

Perbincangan dan Pembentangan

4

Kajian kes

5

Kerja kumpulan

6

Simulasi

7

Mooting

8

Projek komuniti

9

Praktikal / Latihan industri

Peluang Pekerjaan

  1. Sektor Kerajaan
    Polis DiRaja Malaysia (Konstabel atau Kadet Sarjan), Pegawai Penguatkuasa dalam Agensi Kerajaan (contoh Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama dan lain-lain), Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Sektor Swasta
    Penyiasat Persendirian, Pegawai Keselamatan (contoh Perbankan dan mana-mana Institusi Kewangan), Pegawai Pematuhan, Firma guaman

Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)

Syarat Kelayakan Diploma Kepolisan & Penyiasatan

  1. Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
  2. O-Level dengan tiga (3) kredit
  3. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
  4. Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
  5. Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.

Daftar Sekarang