PROGRAM PELAJAR ATLET ICMS

Sistem pendidikan pada masa kini memberi fokus lebih kepada pengajian akademik berbanding aktiviti pembangunan kemahiran dan kokurikulum. Akan tetapi, konsep pendidikan telah berubah dari semasa ke semasa, di mana lebih tumpuan kini diberikan ke arah pembangunan holistik pelajar secara menyeluruh. Tambahan lagi, sukan memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar menjadi lebih kuat dari segi mental dan fizikal.

Menggabungkan sukan dan pendidikan dapat membantu pelajar dalam:

  • Membina semangat motivasi diri dalam melaksanakan sesuatu perkara
  • Menghargai kejayaan yang dikecapi
  • Berehat daripada rutin harian seperti mengurangkan tekanan peperiksaan dan sukatan pembelajaran harian
  • Mengekalkan keseimbangan minda, badan dan jiwa melalui aktiviti kesukanan dan pembelajaran
  • Menanamkan kemahiran kepimpinan
  • Meningkatkan kualiti diri seperti sikap toleransi, kesabaran, dan kaedah untuk menangani tekanan
  • Memahami nilai semangat berpasukan dan kebolehan untuk berkongsi kemenangan dan kekalahan

Salah satu aspek yang diperlukan dalam sukan ialah disiplin. Mempunyai jurulatih profesional dalam sukan membantu mengembangkan kesetiaan jati diri, keyakinan, dan keupayaan untuk menerima menang atau kalah dengan sikap semangat kesukanan yang tinggi. Akan tetapi, kita juga perlu mengetahui bahawa untuk menjadi atlet profesional atau menceburi bidang sukan, kelayakan akademik adalah salah satu aspek penting dan menjadi tonggak sokongan dalam jangka masa panjang. Pelajar perlu memberi kepentingan yang sama dalam pendidikan dan sukan untuk mengekalkan keseimbangan yang betul sambil cemerlang dalam kedua-dua bidang.

Oleh itu, di International College of Management and Sports (ICMS), kami memahami pentingnya menghasilkan graduan yang seimbang dan serba boleh dari segala aspek dengan memperkenalkan Program Atlet Pelajar (SAP). Melalui program ini, pelajar dapat mengejar impian dalam bidang sukan serta menjadi sebagai platform profesional tanpa membuat pilihan antara kelayakan sukan atau pendidikan, kerana anda boleh memperoleh kedua-duanya hanya di ICMS.

PENGAJIAN DIPLOMA & ATLET SUKAN

Pelajar akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam pelbagai kursus seperti Diploma Pengajian Bola Sepak, Pentadbiran Perniagaan, Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, Pemasaran Digital, atau Kesihatan Keselamatan Pekerjaan, dan pada masa yang sama akan terlibat secara aktif dalam latihan sukan intensif. Ini juga akan meningkatkan kadar kebolehpasaran mereka pada masa akan datang beserta penceburan dalam bidang sukan melalui penyertaan pelajar dalam liga dan pertandingan peringkat kebangsaan.

FASILITI LATIHAN BERTARAF DUNIA DAN JURULATIH BERPROFIL TINGGI

Di ICMS, kami ingin menyediakan kaedah pengajian terbaik yang merangkumi seluruh bidang akademik dan latihan kesukanan yang bertaraf dunia. Kami berpendapat bahawa dengan menawarkan kemudahan yang terbaik dapat mendorong pembelajaran para pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

HALATUJU PROGRAM PEMBELAJARAN SUKAN DAN AKADEMIK

ICMS menawarkan program khusus bagi pelajar yang ingin menceburkan diri dalam bidak perniagaan dan industri kesukanan terutamanya dalam bidang bola sepak. Para pelajar akan didedahkan dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan, perbelanjaan, teknologi dan inovatif serta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di bawah penyeliaan pensyarah profesional. Tambahan lagi, selain program akademik yang disediakan, para pelajar akan dibimbing oleh jurulatih bola sepak yang profesional di peringkat kelab dan nasional. Melalui program ini, para peminat bola sepak bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran, malah akan dapat menyertai Akademi Bola Sepak yang dilatih profesional!