Diploma Kepolisan dan Penyiasatan merupakan suatu program diploma yang dibangunkan secara terperinci dengan matlamat untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan berkaitan dengan empat (4) elemen teras iaitu Kepolisan, Penyiasatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang.
Program kepolisan dan penyiasatan di ICMS telah dibangunkan oleh ahli-ahli akademik yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Program ini juga direka bentuk dengan kerjasama pakar industri yang berkaitan. Oleh itu, struktur program ini, termasuk kursus, strategi dan bahan pengajaran-pembelajaran, adalah sejajar dengan pengetahuan dan amalan sebenar seperti dalam alam pekerjaan. Ini memberikan nilai praktikal kepada para pelajar seperti yang diperlukan oleh industri.
Kaedah pembelajaran
Pengambilan
Kaedah pengendalian
Tempoh
Pengajaran Dan Pembelajaran
Kuliah
Tutorial
Perbincangan dan Pembentangan
Kajian kes
Kerja kumpulan
Simulasi
Mooting
Projek komuniti
Praktikal / Latihan industri
Peluang Pekerjaan
- Sektor Kerajaan
Polis DiRaja Malaysia (Konstabel atau Kadet Sarjan), Pegawai Penguatkuasa dalam Agensi Kerajaan (contoh Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama dan lain-lain), Pihak Berkuasa Tempatan. - Sektor Swasta
Penyiasat Persendirian, Pegawai Keselamatan (contoh Perbankan dan mana-mana Institusi Kewangan), Pegawai Pematuhan, Firma guaman
Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)
- Pengenalan kepada Kepolisan
- Pengenalan kepada Perlembagaan Persekutuan
- Asas Penyiasatan
- Asas Pengurusan
- Penghayatan Etika dan Peradaban ATAU Falsafah dan Isu Semasa
- Pengenalan kepada Undang-undang Jenayah
- Teknik Penyiasatan Jenayah
- Pengenalan kepada Prosedur Jenayah di Malaysia
- Pengenalan kepada Sistem Keadilan Jenayah
- Pengenalan kepada Gelagat Organisasi
- Bahasa Kebangsaan A (U2) ATAU Asas Keusahawanan
- Pengenalan Kepada Jenayah Dan Masyarakat
- Bahasa Inggeris Komunikasi
- Kursus Integriti dan Antirasuah
- Penyiasatan Tempat Kejadian (CSI)
- Pencegahan Jenayah : Teori dan Praktis
- Pengenalan kepada Penyiasatan Persendirian
- Pengendalian Eksibit
- Asas Perhubungan Awam
- Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan
- Kepolisan dan Penulisan Laporan Penyiasatan Jenayah
- Kepolisan Komuniti
- Pengurusan Krisis dan Bencana
- Integriti dan Etika Kepolisan
- Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
- Khidmat Masyarakat
- Prosedur Mahkamah Jenayah
- Isu-isu Kritikal dalam Kepolisan dan Penyiasatan Jenayah
- Praktikal
Syarat Kelayakan Diploma Kepolisan & Penyiasatan
- Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
- O-Level dengan tiga (3) kredit
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.