Diploma Dalam Pengurusan Keselamatan

Apabila kita berbincang mengenai keselamatan, kita pasti akan memikirkan keselamatan fizikal seperti pengawal keselamatan. Walau bagaimanapun, pengurusan keselamatan profesional adalah suatu seni di mana kita perlu mempelajari selok-belok pengurusan aspek keselamatan teknologi maklumat, psikologi pengurusan dan pengurusan Sumber Manusia. Di ICMS, Diploma Pengurusan Keselamatan direka bentuk untuk mengikut standard industri tempatan dan antarabangsa bagi bidang pengurusan keselamatan supaya ia sesuai dengan keperluan industri yang terkini.

Melalui sukatan pelajaran yang tersusun dengan baik dan infrastruktur pembelajaran fizikal dan emosi yang bersepadu, para pelajar akan dapat memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang berharga untuk menghadapi persekitaran kerja di masa hadapan. Kami menempatkan pelajar kami di organisasi yang terkemuka untuk latihan industri supaya mereka dapat menimba pengalaman pekerjaan yang mapan untuk kecemerlangan mereka di alam pekerjaan kelak. ICMS memberikan keutamaan terhadap pemilihan sektor Kerajaan dan swasta yang tepat untuk pelajar-pelajar kami kerana ilmu yang diperolehi semasa latihan industri adalah sangat berharga.

 

Teknik simulasi yang digunakan untuk teknik penyiasatan membolehkan pelajar mempelajari teknik penyiasatan ‘nyata’ yang akan membolehkan mereka menjadi lebih baik dalam penyelidikan dan meningkatkan proses pembuatan keputusan.

Kaedah pembelajaran

Pembelajaran hibrid (di kampus dan/atau atas talian)

Pengambilan

Januari, Mei dan September

Kaedah pengendalian

Sepenuh Masa & Kelas Hujung Minggu

Tempoh

Sepenuh Masa = 2 tahun 6 bulan

Pengajaran Dan Pembelajaran

1

Kuliah

2

Tutorial

3

Perbincangan dan Pembentangan

4

Kajian kes

5

Kerja kumpulan

6

Simulasi

7

Mooting

8

Projek komuniti

9

Praktikal / Latihan industri

Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Keselamatan

  1. Sektor Kerajaan

    Polis DiRaja Malaysia (Konstabel atau Kadet Sarjan), Pegawai Penguatkuasa dalam Agensi Kerajaan (contoh Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama dan lain-lain), Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Sektor Swasta

    Penyiasat Persendirian, Pegawai Keselamatan (contoh Perbankan dan mana-mana Institusi Kewangan), Pegawai Pematuhan, Firma guaman

Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)

Syarat Kelayakan Diploma Pengurusan Keselamatan

  1. Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
  2. O-Level dengan tiga (3) kredit
  3. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
  4. Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
  5. Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.

Daftar Sekarang