Dalam pada perbincangan mengenai keselamatan, kita pasti tidak terkecuali dari memikirkan mengenai keselamatan fizikal seperti pengawal keselamatan. Walaubagaimanapun, pengurusan keselamatan profesional adalah suatu kemahiran di mana kita perlu mempelajari selok-belok pengurusan aspek keselamatan teknologi maklumat, psikologi pengurusan dan pengurusan Sumber Manusia.
Di ICMS, Diploma Pengurusan Keselamatan direka bentuk dengan merujuk kepada standard industri tempatan dan antarabangsa bagi bidang pengurusan keselamatan supaya ia bersesuaian dengan keperluan industri yang terkini.
Melalui sukatan pempelajaran yang tersusun dengan baik dan infrastruktur pembelajaran fizikal dan emosi yang bersepadu, para pelajar akan dapat memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang berharga untuk menghadapi persekitaran kerja di masa hadapan. Kami juga turut menempatkan pelajar kami di organisasi yang terkemuka untuk latihan industri supaya mereka dapat menimba pengalaman pekerjaan yang mapan untuk kecemerlangan mereka di alam pekerjaan kelak. ICMS memberikan keutamaan terhadap pemilihan sektor Kerajaan dan swasta yang bersesuaian untuk pelajar-pelajar kami kerana ilmu yang diperolehi semasa latihan industri adalah sangat berharga.
Teknik simulasi yang digunakan dalam teknik penyiasatan dalam program ini membolehkan pelajar menjadi lebih baik dalam penyelidikan dan meningkatkan proses pembuatan keputusan yang lebih menyeluruh.
Kaedah pembelajaran
Pengambilan
Kaedah pengendalian
Tempoh
Pengajaran Dan Pembelajaran
Kuliah
Tutorial
Perbincangan dan Pembentangan
Kajian kes
Kerja kumpulan
Simulasi
Mooting
Projek komuniti
Praktikal / Latihan industri
Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Keselamatan
- Sektor Kerajaan
Polis DiRaja Malaysia (Konstabel atau Kadet Sarjan), Pegawai Penguatkuasa dalam Agensi Kerajaan (contoh Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Agama dan lain-lain), Pihak Berkuasa Tempatan.
- Sektor Swasta
Penyiasat Persendirian, Pegawai Keselamatan (contoh Perbankan dan mana-mana Institusi Kewangan), Pegawai Pematuhan, Firma guaman
Apa Yang Anda Akan Pelajari? (Senarai Subjek)
- Pengenalan kepada Pengurusan Keselamatan
- Pengenalan kepada Perlembagaan Persekutuan
- Pengenalan kepada Sistem Keadilan Jenayah
- Pengenalan kepada Pengurusan
- Penghayatan Etika dan Peradaban ATAU Falsafah dan Isu Semasa
- Pengenalan kepada Undang-undang Jenayah
- Pengenalan kepada Pengurusan Keselamatan Retail
- Pengurusan Keselamatan Fizikal
- Pengurusan Operasi Keselamatan
- Pengenalan kepada Gelagat Organisasi
- Bahasa kebangsaan A (U2) ATAU Asas kepada Keusahawanan
- Introduction to Crime and Society
- Communication English
- Kursus Integriti dan Anti-Rasuah
- Pemikiran Kreatif dan Inovasi
- Pencegahan Jenayah : Teori dan Praktis
- Pengenalan kepada Penyiasatan Persendirian
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Asas Perhubungan Awam
- Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan
- Penulisan Laporan Keselamatan
- Pengurusan Risiko Keselamatan
- Pengurusan Krisis dan Bencana
- Pengenalan kepada Integriti dan Etika
- Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
- Khidmat Masyarakat
- Prosedur Mahkamah Jenayah
- Latihan dan Pembangunan untuk Pegawai Keselamatan
- Praktikal
Syarat Kelayakan Diploma Pengurusan Keselamatan
- Lulus SPM dengan tiga (3) kredit
- O-Level dengan tiga (3) kredit
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
- Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran.
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan.