Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Pentadbiran Pejabat adalah kursus untuk melatih pelajar dalam mengendalikan operasi kewangan asas pejabat seperti wang kecil, kutipan bil, dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, pelajar juga dilatih dalam pengurusan inventori dan pembelian pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, pencetakan, penebukan, dan penyusunan dokumen.
Pelajar juga diberi pendedahan dalam pengawasan kakitangan pentadbiran yang melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet, dan menjalankan mesyuarat jabatan. Akhirnya, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi, dan pengurusan barang yang masuk dan keluar serta mencatat aktiviti kaunter hadapan.
Kaedah Pembelajaran
Pengambilan
Mod Pengendalian Program
Tempoh Pengajian
Syarat Kelayakan
Pengajaran dan Pembelajaran Pentadbiran Pejabat
Teori
Perbincangan
Demonstrasi
Praktikal
Lisan
Penilaian
Kaedah Penilaian
Komponen | Elemen |
---|---|
Penilaian Kerja Kursus | Kuiz Prestasi Kertas Tugasan Laporan/Pembentangan |
Penilaian Akhir | Penilaian Prestasi (Amali) Penilaian Pengetahuan (Teori) |
Peluang Kerjaya Pentadbiran Pejabat
Peluang kerjaya semakin meningkat bagi pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pentadbiran pejabat. Profesional pentadbiran pejabat yang mahir dapat menerokai pelbagai industri di mana terdapat permintaan yang besar. Antara peluang kerjaya bagi graduan termasuk:
- Koordinator Pejabat
- Pentadbir Pejabat
- Pembantu Peribadi
- Eksekutif Pejabat Hadapan
- Setiausaha Undang-Undang
- Setiausaha Perubatan
Laluan Akademik